Keluarga

Bapa MninggaI Akibat Pelbagai Kompilasi, Pemilik Suara Upin lpin Tabah Hadapi Dugaan

KUALA LUMPUR: Ayah kepada pelakon suara Upin & Ipin, Asyiela Putri, Allahyarham Azhar Ahmad menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit, jam 4 pagi.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, Azhar sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

“Sevelum ini, arwah ada berkongsi mahu ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana rasa kurang sihat, bagaimanapun arwah ditahan dalam wad.

Pada Sabtu lalu, saya ada menghantar mesej, arwah mengatakan sedang menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

“Kemudiannya, saya diberitahu, arwah rebah atas kerusi roda dan separuh badannya tidak boleh bergerak dan berada dalam keadaan koma.

“Keesokannya, arwah sedar tetapi sudah tidak mengenali orang. Kemudian, saya diberitahu oleh isterinya, doktor mengatakan arwah disahkan menghidap knser hati.

Namun, akhirnya, saya menerima berita arwah sudah tiada,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, dia tidak dapat mengesahkan punca arwah Azhar meninggal dunia berikutan beberapa komplikasi yang dihadapinya.

Katanya, dia juga tidak berkesempatan melawat berikutan situasi pandemik COVlD-19.

“Saya mendoakan kesejahteraan arwah dan keluarga Asyiela Putri daripada kejauhan ini,” katanya.

Terdahulu, berita pemergian arwah Azhar dimaklumkan menerusi laman sosial, Facebook dan Twitter Les Copaque.

“Ayah kepada Asyiela Putri, pelakon suara Upin & Ipin iaitu Azhar Ahmad kembali ke rahmatullah pada 4 pagi.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman dan dicucuri rahmat,” tulisnya.

Sumber Gempak, Disiarkan pada 6 Jan 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *