Semasa

Sambut Hari Kemerdekaan Bersama, Bakal Pengantin yg Juga Tiktoker Popular Ditahan KhaIwat

Sungai Petani: Bakal pengantin yang dikatakan tiktoker popular dalam perancangan akan melangsungkan perkahwinan Oktober ini, telah dicekup berkhalwat di hotel di sini, hari ini.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, operasi 12 tengah malam hingga 5 pagi itu turut menahan lelaki, 20, yang bersembunyi di atas siling.

Beliau berkata, sebaik pintu bilik hotel dibuka, didapati wanita berusia 20-an yang mengaku berseorangan.

“Namun selepas pemeriksaan lanjut, kita dapati teman lelakinya bersembunyi di siling sebelum memintanya turun.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau mahram sehingga menimbulkan syak mereka berkhalwat.

“Kelima-lima pasangan itu yang berusia antara 19 hingga 40 tahun itu kemudian dibawa balai polis berhampiran,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah (EKJSK) 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *