Semasa

Berang Dituduh Makan Duit Haram Dengan Bernyanyi Dangdut, Baby Shima Sound “Allah yg tentukan halal haram..”

Penyanyi Baby Shima tampil menjelaskan status ‘halal’ rezeki kerjaya sebagai seorang penyanyi dangdut yang seringkali dikritik oleh ramai pihak.

Menurut Baby Shima, soal halal atau haram rezekinya sebagai penyanyi dangdut itu biarlah Allah yang tentukan sahaja.

Baby Shima berkata dirinya hanya melakukan apa yang dia suka sahaja, namun tidak menyangka sama sekali setiap video yang berkaitan dirinya itu pasti tular sheingga menjadi perhatian warganet.

“Saya suka buat, apa yang disukai. Tapi, tak sangka pula setiap video yang berkaitan diri saya mesti tular dan menjadi perhatian di media sosial.

Macam yang sering dijelaskan, saya ini adalah penyanyi dangdut dan menari gelek itu perkara biasa.

“Tapi, apa saja alasan saya pasti ada yang menerima dan mengecamnya. Tak mengapalah, sebab saya pun dah biasa dikecam.

Bagaimanapun, saya hanya mampu berterima kasih di atas segala teguran yang diberikan itu,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Johor Bharu itu meluahkan kesyukuran dan berterima kasih dengan kebanyakan warganet yang prihatin dengan perihal menari gelek selama ini.

Termasuklah mereka yang tidak jemu memberikan sokongan di sepanjang perjalanan kariernya sebagai anak seni.

Terdahulu, aksi ‘gelek’ Baby Shima dianggap kurang manis dan mempunyai unsur lucah oleh segelintir warganet menerusi teaser lagu duet terbaharunya, Baby Sayang bersama usahawan kontroversi , Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *