Semasa

Seringkali DiIabel Sbg Menteri yg GagaI dan Tidak Berfungsi, Akhirnya Azmin Luah Apa Terpendam Selama ini

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Tidak ada jawatan timbalan perdana menteri diwujudkan.

Bagaimanapun, Ismail mewujudkan jawatan empat “menteri kanan” seperti mana yang pernah dilakukan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Antara yang dikekalkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Namun, antara pengumuman yang ditunggu-tunggu adalah Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin bertukar portfolio dengan Datuk Seri Adham Baba yang dilantik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Antara muka baharu adalah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Barisan Kabinet baru akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada Isnin ini (30 Ogos) di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Walaubagaimana pun, pengumuman senarai kabinet ini mendapat pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia.

Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam Azminali akhirnya luah apa terpendam

Azmin Luah, dan Berterima Kasih kepada PM Kerana Diberi Lagi Peluang

Azmin Ali menerusi ciapan di lama facebooknya mengucapkan bebanyak terima kasih kepada kepimpinan YAB PM DS Ismail Sabri.

“Saya menjunjung kasih DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas perkenan melantik YAB Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Kesembilan.

Sesungguhnya, ini adalah kemuncak kepada proses amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang teliti dan telus seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan Perdana Menteri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini di atas kempimpinannya yang menjadi teladan sambil memacu negara ke hadapan dalam situasi yang amat mencabar.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan beliau melantik saya semula sebagai Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri.

Saya akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan kepada saya dengan sebaik mungkin.

Dan saya akan terus komited dalam memastikan pemulihan yang berterusan serta pengukuhan pertumbuhan ekonomi.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Dato’ Seri Ismail Sabri atas ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri di mana beliau menyeru seluruh rakyat untuk berdiri bersama dalam satu kesatuan yang mendukung konsep Keluarga Malaysia.

Mendepani tantangan krisis ekonomi dan kesihatan yang tidak pernah kita hadapi, kita perlu bermula dari kekuatan yang dibangunkan dengan asas perpaduan, kesatuan dan kebersamaan.

Sementara kadar vaksinasi COVlD-19 Malaysia terus menjadi antara yang terpantas di dunia dan jumlah kes kemasukan ke hospital telah menurun.

Kita perlu memberikan penghargaan kepada para barisan hadapan atas usaha, dedikasi, kerja keras, dan daya ketahanan yang tinggi.

Kita perlu memastikan momentum ini berterusan dan ekonomi negara terus mara di atas pertumbuhan yang mampan dan pemulihan yang lestari.

Justeru itu, kita perlu tegas melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diperkenalkan kerana ia diperlukan untuk pertumbuhan KDNK, mencipta pekerjaan dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing.

Demi masa hadapan, kebijakan sosio- ekonomi mesti terus menjana kekayaan demi pengagihan saksama di kalangan rakyat.

Ketika negara berusaha ke arah pemulihan, kita harus memastikan bahawa Rakyat memiliki sumber-sumber khusus yang diperlukan untuk memartabatkan darjat ekonomi (economic dignity).

Dan berpartisipasi secara aktif dan merperoleh kejayaan selari dengan pertumbuhan ekonomi negara ini.

Dalam hal ini, dasar sosio-ekonomi kita perlu berani dalam perancangan dan penyampaian untuk menjana kekayaan kepada Rakyat agar dapat diagihkan dengan adil.

Perdana Menteri telah memberikan jaminan bahawa aspirasi golongan muda akan didengar dan diberikan keutamaan.

Ini bukan sahaja satu langkah yang progresif tetapi sikap keterbukaan bagi golongan ini menyempurnakan prinsip pendemokrasian.

Anak muda kita melambangkan masa hadapan negara.

Dengan dinamisme, inovasi dan kreatitiviti yang merupakan elemen-elemen penting yang mereka ada, ini sekali gus dapat memacu pembangunan negara ke barisan hadapan di peta dunia.

Barang diingat, kita perlu senantiasa bersama denyutan nadi rakyat dan bernafas dengan idealisme dan harapan mereka.

Ini adalah Kerajaan rakyat untuk rakyat berteraskan prinsip tata kelola yang telus, ehsan dan bertanggungjawab.

Ayuh, mari kita menggilap kekuatan di atas landasan perpaduan serta mebulat tekad dan iltizam demi memperkukuhkan gerak kerja kearah kejayaan Keluarga Malaysia.”

“Saya Minta Maaf..” – Azmin Ali

Susulan perletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kabinet hari ini, netizen tidak berhenti menzahirkan kesedihan mereka terhadap pengumuman keputusan itu.

Selain netizen, beberapa orang menteri turut dilihat meluahkan rasa sedih mereka melalui akaun sosial media peribadi, termasuklah Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali.

Menerusi tweet yang dimuatnaik di akaun Twitternya, Dato’ Seri Azmin Ali dilihat berkongsi kekesalannya.

Ini kerana gagal untuk membantu rakyat dari segi ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya.

Menurut beliau lagi walaupun keadaan ekonomi kini semakin pulih, dia akui ramai lagi rakyat yang perlu dibantu kerana terkesan dengan wabak Covid-19 ini.

Melalui tweet ringkas itu, beliau sempat memohon maaf , selain berkongsi rasa bangganya kerana berpeluang untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Tweet tersebut mendapat 1.4 ribu ulangciap selain mendapat sebanyak 793 komen dari pengguna laman tersebut.

Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *