Semasa

Anak Menangis Dah Tak Nak Pergi Ke Sekolah, Ibu Bengang Cikgu Tersebut Masih Tidak Mahu..

Semalam kecoh di media sosial video memaparkan seorang ibu berdepan dengan guru wanita yang didakwa ‘menepuk’ muka anaknya dengan buku dipercayai kerana tak bawa rekoder ke sekolah.

Rakaman video tular ternyata telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat. Ada yang menyebelahi si ibu dan tak kurang juga mempertahankan tindakan guru dalam mendidik.

Anak Menangis Dah Tak Nak Pergi Ke Sekolah, Ibu Geram Cikgu Masih Tidak Mahu..

Apa yang dikesalkan adalah guru memukul anaknya di bahagian muka.

Dia sebagai ibu juga bimbang anak akan mendapat kecederaan jika buku terkena bahagian telinga yang mungkin boleh menjejaskan pendengaran.

Memetik laporan mStar, ibu yang dikenali sebagai Siti Naila berkata, selepas pulang dari sekolah anak tak mahu makan dan terus tidur sehingga jam 10 malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Baginya, adalah tidak wajar pukul di bahagian muka atau kepala. Jika nak beri kesedaran cukuplah sekadar pukul di tangan atau kaki.

Mengakui insiden berpunca daripada kegagalan anaknya membawa rekoder ke sekolah untuk ujian amali bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik, Siti Naila berkata guru berkenaan seharusnya memahami keadaan murid-murid yang masih kecil.

“Budak-budak kan, baru darjah tiga. Bukan boleh nak ingat semua benda. Kenapa cikgu tu tak ingatkan dalam group WhatsApp kelas?” ujarnya yang berasal dari Cheng, Melaka.

Anak Menangis Dah Tak Nak Pergi Ke Sekolah, Ibu Geram Cikgu Masih Tidak Mahu..

Pertemuan selama kurang sejam di pejabat sekolah.

Tambah Siti Naila, kehadirannya ke sekolah pada Khamis adalah untuk bersemuka dengan guru tersebut dan pengetua bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden yang berlaku.

“Tujuan saya pergi ke sekolah bukan nak bergaduh, nak dengar guru tu mengaku silap dia. Dalam video tu pun dia mengaku pukul anak saya termasuk beberapa murid lain.

“Saya sendiri akui silap terkasar bahasa, biasa la orang Melaka kan. Saya tak dapat mengawal perasaan apabila cikgu tu nak menegakkan benang yang basah dan asyik kata anak saya biadab,” katanya.

Pertemuan di pejabat sekolah itu berlangsung selama kurang sejam melibatkan beberapa kakitangan termasuk pengetua dan guru kaunseling.

Anak Menangis Dah Tak Nak Pergi Ke Sekolah, Ibu Geram Cikgu Masih Tidak Mahu..

Antara luahan netizen berhubung video yang tular.

Tegas ibu kepada empat cahaya mata itu, apa yang cukup dikesalkannya ialah guru tersebut memilih untuk memukul anaknya di bahagian muka.

“Cikgu tu kata nak pukul tepi kepala tapi bila anak saya pusing kepala dia, jadi terkena muka. Macam mana kalau terkena bahagian telinga? Nanti boleh jejaskan pendengaran anak saya.

“Kalau cikgu tu nak pukul anak saya sebagai kesedaran atas kesilapan dia, pukul di tangan atau kaki okay lagi. Tapi tak wajar pukul di muka atau kepala,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti Naila turut mendakwa seorang anak lelakinya yang merupakan murid darjah enam di sekolah sama pernah dihukum oleh guru sama.

“Anak lelaki saya kata cikgu tu pernah suruh dia cuci enam tandas. Bagi saya, ia sebagai satu penderaan emosi,” katanya.

Anak Menangis Dah Tak Nak Pergi Ke Sekolah, Ibu Geram Cikgu Masih Tidak Mahu..

Cadangan netizen bagi menggantikan hukuman pukul di bahagian muka.

Susulan insiden itu Siti Naila berkata, dia juga membuat laporan polis selain bercadang untuk melaporkannya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengurus butik pengantin itu bagaimanapun terkilan dengan pelbagai kecaman terutama dalam kalangan ibu bapa susulan video yang tular.

“Mereka boleh cakap apa saja sebab mereka tak rasa. Jika berlaku pada anak mereka, baru mereka tahu macam mana perasaan sedih dan marah tu,” katanya.

Difahamkan, ibu ini telah membuat laporan polis dan mahu melaporkan kejadian kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kredit: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *