Semasa

Pakaikan Anaknya yg Masih Kecil Pendakap Gigi, Akhirnya Ini Berlaku kpd Kanak² 3 Tahun Ini

Tak dinafikan, pemakaian pendakap gigi atau dikenali sebagai braces sudah menjadi trend remaja masa kini.

Walaupun hakikatnya braces bertujuan bagi memperbetul kedudukan gigi kembali kepada kedudukan yang ideal.

Namun, braces kini lebih dijadikan sebagai fesyen dan trend masyarakat terutama golongan remaja.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila viral satu video di TiTok memaparkan seorang kanak-kanak dipakaikan pendakap gigi di bahagian gigi bawahnya.

Tindakkan ibu bapa kanak-kanak tersebut akhirnya terima padah apabila rata-rata netizen mengecam perbuatan mereka berdua.

“Kesianya kat budak tu..”

“Mak bapak bijak sgt ni.”

Pasang Sendiri Katanya..

Menurut sumber, pendakap gigi itu dipercayai dipasang sendiri oleh ibu kanak-kanak itu.

Menerusi video pendek yang dikongsi, kelihatan kanak-kanak berkenaan didandan dengan hiasan mekap pada wajahnya malah matanya juga dipercayai dipakai kanta lekap seperti orang dewasa.

Pada awalnya, rata-rata netizen menyangka ianya sekadar ‘filter’ sahaja namun tanggapan mereka salah, ternyata itu adalah braces betul yang dipasang di gigi kanak-kanak terbabit.

Video berkenaan telah viral di media sosial dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Kebanyakan daripada mereka mengkritik tindakan ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana memasang pendakap gigi ketika usia anak masih kecil.

Menurut mereka, tindakan itu sangat tidak wajar dan mungkin akan mendatangkan risiko kepada kesihatan si kecil itu kelak.

Bukan itu sahaja, mereka juga bimbang kanak-kanak itu akan menanggung kesakitan akibat memakai pendakap gigi selain membahayakan proses pertumbuhan gigi.

Difahamkan kanak-kanak tersebut kemungkinan akan mengalami masalah gigi yang lebih teruk jika tidak dibendung dengan segera.

Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *