Semasa

Dituduh Bermain Cinta dgn Suaminya, Wanita Dakwa Leona Kikis RM3 Ribu Sebulan Duit Suaminya

ANAK kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dituduh mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang wanita dikenali sebagai Nor Azira Osman Said yang mendakwa Leona memperdaya suaminya untuk mendapatkan wang bulanan sebanyak RM3,000 sehingga menyebabkan duit simpanan mereka habis.

Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman Anak Azhar Sulaiman

Malah Nor Azira turut menuduh Leona sebagai scammer dan cuba memperdayakan suaminya.

“Dia menipu suami saya tanpa ada niat untuk berkahwin dengannya atau saya akan buat laporan polis,” katanya lagi.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Azhar turut menghubungi dan menghantar pesanan mesej WhatsApp kepada wanita itu bagi meminta bukti tuduhan yang dibuat terhadap anaknya.

Wanita itu memberitahu dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona gara-gara lelaki itu membuat ciapan semula (retweet) satu status dimuat naik Leona sebelum ini.

Leona yang turut berkongsi tuduhan tersebut di Twitter mendapat respons pengikut yang turut cuba menghubungi nombor telefon Nor Azira.

Ramai mendakwa wanita tersebut adalah seorang scammer dan sengaja mahu megambil kesempatan untuk mendapatkan wang.

Leona turut menafikan segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya menerusi satu perkongsian Instagram Story miliknya.

“Saya hanya mahu katakan ia 100 peratus tidak benar. Saya tidak pernah keluar atau berjumpa dengan suami orang lain.

“Ibu bapa saya tahu dan mempercayai saya,” ujarnya.

Sumber Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *