Semasa

Aksi Abam² Sado Pindah Air ‘Vitamin’ Dari Mulut ke Mulut Akhirnya Terima Padah “Umpama mkn najiiss sendiri..”

Pengaruh media sosial dengan pelbagai trend tidak masuk akal sememangnya senang ditonton lebih-lebih lagi dengan adanya bermacam platform seperti TikTok, Twitter, Facebook dan Instagram.

Baru-baru ini, tular di laman Twitter satu video sekumpulan lelaki yang berada di gimnasium melakukan challenge ‘dry scooping’ atau memakan ‘supplement’  yang biasa digunakan individu aktif membina badan di pusat kecergasan.

Tindakkan mereka itu telah mendapat reaksi yang pelbagai dari warganet, yang mana rata-rata mereka menyatakan ianya tak ubah seperti ‘beruk dapat manisan’.

“Punca datang penyakit..”

“Serupa makan najiiss..”

Bancuh Vitamin Dalam Mulut

Apa yang membuatkan ramai loya tekak adalah cara mereka membancuh ‘supplement’  tersebut dengan makan dan memindahkan air dari dalam mulut ke mulut rakannya yang lain.

Perkara menjijikan itu bukan hanya mendapat kecaman netizen kerana merasakan tindakan mereka sangat kotor.

Bahkan turut bimbang hadirnya penyakit-penyakit lain yang boleh menyusahkan orang sekitar.

Tindakan kurang cerdik itu dilakukan dalam keadaan gembira bahkan mereka turut saling tertawa selepas membuat konten seperti yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @zua_al_azmi mengambil dari posting di laman TikTok.

Aksi geng abang2 sado

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan meluahkan rasa geli serta jijik melihat perkara seperti itu berlaku.

Mereka juga merasakan tindakan yang dibuat geng abang-abang sado ini mengundang bahaya lebih-lebih di zaman pandemik seperti ini.

Sumber: Twitter @zua_al_azmi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *