Semasa

Tak Mahu Terus Dipalit, Akhirnya PM 9 Lantik Semula PM 8 Untuk Mengisi Jawatan Penting Ini

Memandangkan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan maka tidak perlu undi percaya di Dewan Rakyat, kata Peguam Negara Idrus Harun.

Dia berhujah undi percaya perdana menteri boleh menjejaskan kuasa Agong.

“Sekiranya pelantikan Perdana Menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda, ini bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi oleh pihak lain.

“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada fakta-fakta dan kedudukan di atas, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang,” kata Idrus pada satu kenyataan hari ini.

Pun begitu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah perdana menteri yang dilantik perlu secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Kenyataan Istana Negra pada 18 Ogos itu susulan daripada pertemuan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan yang di-Pertuan Agong Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan bersama dengan ketua-ketua parti politik berikutan peletakan jawatan perdana menteri Muhyiddin Yassin.

PM Lantik Bekas PM Jawatan Menteri

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri, maklum Ketua Setiausa Negara Mohd Zuki Ali yang juga setiausaha kabinet.

“Jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk melantik Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri ke-8 sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

“Pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan Kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin Yassin untuk menerajui strategi pemulihan negara.

Ia demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covd-19,” kata Zuki pada satu kenyataan hari ini

Sebelum ini, muncul desas-desus Muhyiddin akan dilantik sebagai menteri mentor selepas dia meletak jawatan perdana menteri.

Muhyiddin digulingkan setelah kem ahli parlimen diketuai oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan daripada kerajaan PN menyebabkan dia kehilangan majoriti.

Zahid secara terang-terangan mempertahankan tindakan itu menegaskan Muhyiddin gagal menangani pandemik Covid-19.

Ketika menjadi perdana menteri, Muhyiddin telah memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) – yang secara beransur-ansur akan membuka kembali sektor-sektor ketika keadaan Covid-19 bertambah baik.

Ia berdasarkan tiga kriteria utama iaitu jumlah kes harian, kapasiti hospital dan kadar vaksinasi.

Rancangan ini dirangka selepas kritikan terhadap kerajaan PN sebelum ini yang kemudian menjelaskan PPN sebagai “dinamik.”

Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah menawarkan pembangkang untuk menjadi sebahagian Majlis Pemulihan Negara.

Pakatan Harapan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu, tetapi para pemimpin individu telah menyatakan keterbukaan menyertai majlis itu jika ia bukan sekadar ‘pak turut.’

Sumber : Malaysia Kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *