Info

Agong Perkenan Menerima Perletakkan Jawatan PM, dan Melantik Individu ini Sebagai PM Sementara

Kemelut yang melanda pentadbiran negara nampaknya semakin meruncing apabila khabar angin berkenaan peletakkan jawatan Perdana Menteri semakin betiup kencang.

Semenjak UMNO menarik balik sokongan terhadap perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), terdapat pegawai menteri yang telah mula mengemas barang dan mengosongkan pejabat masing-masing pada awal Ogos lalu.

Seorang pegawai menteri yang dihubungi Sinar Harian mengatakan beliau sudah pun mengemas barang-barangnya semenjak kemelut politik melanda.

Menurutnya, barang-barangnya hanya tinggal sedikit sahaja lagi memandangkan beliau sudah mula mengemas sejak sebelum UMNO menarik balik sokongan lagi.

Berita melaporkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Ini dengan menawarkan kerjasama rentas antara PN dengan parti luar sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan September depan.

Cadangan itu diusul bagi mengekalkan kerajaan untuk terus berfungsi sepanjang tempoh pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Namun, hari ini anggota kabinet telah pun menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa menteri Kabinet menggunakan media sosial untuk mengucapkan “selamat tinggal”, tidak lama selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Perkara itu diumumkan menteri Umno Khairy Jamaluddin di media sosial sebentar tadi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengesahkan Kabinet telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kabinet telah menyerahkan peletakan jawatan kepada Agong.

Terima kasih atas peluang untuk sekali lagi berkhidmat kepada rakyat.

Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” katanya dalam hantaran Instagram Story tadi.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Bangunan Perdana Putra jam 12 tengah hari menuju ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Tan Sri Muhyiddin sempat melambai ke arah kira-kira 20 petugas media pelbagai agensi yang berkampung di lokasi sejak jam 7 pagi tadi.

Agong Perkenan Perletakkan Jawatan PM

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet kira-kira tiga jam di Perdana Putra di Putrajaya, belum menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada tengah hari.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta-merta berkuatkuasa hari ini.

Susulan itu, Seri Paduka juga berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baru dilantik.

“Pada sesi mengghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang berlangsung selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta merta berkuat kuasa pada hari ini.

“Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka Baginda telah berkenan supaya YAB Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker perdana menteri.

Ia sehinggalah perdana menteri baru dilantik,” kata kenyataan yang dikeluarkan Istana sebentar tadi.

Tindakan itu, adalah selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai perdana menteri baru untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Dalam kenyataan tersebut Istana Negara turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan jemaah menterinya atas khidmat dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan.

Ia semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Selaku ketua utama negara, Seri Paduka Baginda memahami dan menghormati sistem.

Dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh YAB Tan Sri Muhiaddin bin Md Yasin berteraskan keluruhan perlembagaan persekutuan dna kedualatan undang-undang,” kata kenyataan itu.

Muhyiddin hilang majoriti selepas 15 ahli parlimen Umno menarik sokongan.

Namun beberapa hari lalu, dalam usaha untuk mendapatkan semua majoriti, Muhyiddin telah menawarkan pelbagai reformasi sebagai pertukaran untuk sokongan ahli parlimen pembangkang tetapi ditolak.

Tawarannya termasuk dana yang sama untuk ahli parlimen pembangkang dan reformasi yang telah lama dilobi oleh pembangkang.

Seperti had jangka waktu untuk perdana menteri, undang-undang antilompat parti, dan komposisi jawatankuasa pilihan parlimen yang lebih inklusif.

mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *