Semasa

Dituduh Dah Murtad Gara² Berpakaian Seperti ‘Sister’, Jawapan Aina Abdul Sangat Mengejutkan

Jika kita pengguna aplikasi TikTok, pasti mengetahui tentang trend yang tengah hype ketika ini iaitu model challenge yang bergaya seperti muka depan majalah.

Bukan hanya TikToker, barisan selebriti juga tidak ketinggalan untuk melakukan challenge tersebut menggunakan jenama-jenama pakaian yang terkenal.

Antaranya ialah penyanyi hebat, Aina Abdul apabila menggunakan jenama Chanel untuk melakukan challenge yang sedang viral itu.

Namun begitu, penampilannya telah mendapat kritikan daripada beberapa pihak memandangkan tudung yang digayakan seolah menyerupai ‘sister’.

Penampilan seperti itu digayakan ketika sidang media A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung semalam.

Abdul jawab penampilan persis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan pendapat masing-masing berhubung tudung yang dipakai penyanyi berkenaan.

“Kena belajar balik asas agama..”

“Dah malas nak follow dah..”

“Berdosa menyerupai agama lain..”

Mereka juga berharap supaya Aina lebih peka  serta berhati-hati dalam bereksperimen walaupun umum sedia tahu bahawa penyanyi lagu Semalam berkenaan sangat berani dalam bermain dengan fesyen sewaktu mengadakan persembahan pentas.

Walau bagaimanapun, menerusi Astro Gempak, Aina menjelaskan yang yang memang pihak mereka mahu tampi sebegitu dan berkaitan dengan brand yang dimaksudkan.

“Sebenarnya look hari ini memang kita nak tampil macam ni. Bukan sebab apa tapi ni memang brand Aina Abdul.

“Memang akan ada elemen macam ni, surprise punya elemen. “Saya suka fesyen walaupun nampak macam sister, saya hanya appreciate benda tu as fesyen only,” katanya.

Abdul jawab penampilan persis

Penyanyi itu juga memaklumkan enggan lagi memanjangkan isu tersebut kerana fesyen yang digayakan hanyalah bersifat ‘sementara’.

 “Fesyen just untuk statements, temporary statement. Bukan kita pakai macam ni, saya berubah saya memuja something.” 

“Ini cara saya untuk beri inspirasi kepada mereka yang mahukan sesuatu yang lain.

“Bagi di luar sana, kalau nak follow, follow la, if tak, saya bukan suruh orang semua pakai tudung macam ni.

“Kalau nak pakai good for you,” katanya.

Abdul jawab penampilan persis

Aina berkata sebegitu sewaktu sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA)l 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur petang semalam.

Sumber: TikTok AinaAbdul, Astro Gempak (Hanafis Haris)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *