Semasa

“Tak ajak Emelda ke..” Dikatakan Sudah Memiliki ‘Makwe’, Reaksi Abg Viva Keluar Berduaan Undang Perhatian

Selepas kerap ditanya soal jodoh daripada warganet, wira banjir Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva akhirnya mengakui sudah memiliki calon isteri.

Memetik laporan Malaysia Gazette, perkara tersebut didedahkan ketika lelaki berusia 30 tahun itu melakukan sesi Facebook Live dan TikTok Live sekitar jam 8.50 malam tadi.

Terdahulu, Azwan menjadi ‘fenomena’ di media sosial selepas kisahnya yang membawa bot menaiki Perodua Viva.

Ia bagi membantu mangsa banjir tular sekali gus mendapat tempat di hati masyarakat.

Hanya berbekalkan RM50, siapa sangka tindakan murninya itu dibalas dengan pelbagai rezeki seperti sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) dan banyak lagi.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid) , Facebook Azwan Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *