Semasa

Rupanya Ini Sebab Mngapa Aaron Aziz Gesa Netizen Berhenti Sebar Video Kaklong “Nnt nak pergi sekolah malu..”

Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video

Kisah seorang wanita mengamuk berikutan anak lelakinya dituduh mencuri di kedai serbaneka turut mendapat perhatian pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz.

Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video

Aaron pada masa yang sama turut bersimpati jika anak kepada wanita ini diejek di sekolah berikutan video yang telah viral sebelum ini.

Pelakon utama KL Gangster ini juga menjelaskan tiada manusia yang sempurna dan masing-masing mempunyai kekurangan yang tersendiri.

“Kasihan anaknya, nanti nak pergi sekolah malu diejek atau apa. Kita doakan yang baik-baik saja.

Cerita dah habis, jadi biarlah mereka sekeluarga tenang. Saya pasti dia sudah belajar dan menerima pengajarannya.”

Terdahulu video seorang wanita mengamuk di sebuah kedai serbaneka viral di media sosial dan menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya.

Dia bagaimanapun tampil memohon maaf kepada pekerja kedai berkenaan bagi menjernihkan keadaan.

Sumber: Aaron Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *