Semasa

Instafemes Wanita Terkenal yg Juga Bini Orang, Sanggup Menyorok di Celah Almari Elak Ditangkap KhaIwat

Bini Orang menyorok dalam almari elak ditangkap Khalwat.

Katanya, selepas salam diberi pintu rumah berkenaan dibuka oleh seorang lelaki India yang turut menyewa di rumah terbabit.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya dibuat di bilik yang ditanda dengan nombor 2 dan menemui lelaki itu di dalam bilik berkenaan, manakala teman wanitanya sedang bersembunyi di dalam almari di bilik yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati wanita yang berasal dari utara tanah air itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, manakala lelaki yang berusia 26 tahun dan berasal dari timur tanah air itu pula masih bujang.

“Memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan mahram jadi mereka ditahan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri 2014 kerana berkhalwat.

Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *