Semasa

Langsung Tiada Rasa MaIu, Pelajar Sekolah Ini Selamba Bermesraan Sambil Menggentel² Tangan dan Kepala

MASALAH sosial dalam kalangan remaja bukanlah satu isu baharu, malah ia sentiasa diperkatakan sejak dahulu sehingga kini.

Terbaharu, tular rakaman video memaparkan aksi mesra dua remaja di sebuah taman, sehingga mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Rakaman Video Ada di Bawah Sekali

tak hirau orang sekeliling

tak hirau orang sekeliling

Video yang tular di TikTok itu turut menimbulkan kerisauan dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak remaja. Foto: TNS.

“Assalamualaikum. Pengajaran untuk kita semua. Sekurang-kurangnya bila tengok video ni, ada yang berdoa supaya keluarga kita sendiri dijauhkan perkara-perkara macam ni,” ujarnya menerusi ruangan komen.

Semakan mStar mendapati video berkenaan dihujani lebih 800 komen netizen yang rata-ratanya risau dengan pergaulan bebas antara dua remaja itu.

“Saya ada anak lelaki dan perempuan yang tengah membesar. Bila tengok benda ni, rasa sedih dan takut.

“Allah takutnya. Saya ada anak. Jauhkan benda-benda macam ni,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, segelintir pelayar TikTok meluahkan rasa kurang senang dengan penyebaran video aib itu.

“Lebih baik henti sebarkan lagi. Takut nanti jadi aib dan fitnah. Kita tak tahu, mungkin boleh jadi tu adik-beradik.

“Mungkin mereka dah kahwin sebenarnya. Aturan keluarga. Macam novel.

“Entah-entah mereka adik-beradik,” tulis beberapa netizen lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *