Semasa

Azie Dedahkan yg PencuIik itu Langsung Tak Sentuh Tubuhnya, Tetapi Dia Telah Diberikan Sesuatu

Negara kita telah digemparkan dengan berita mengenai ejen jualan kosmetik, Rosnizarah, atau lebih dikenali sebagai Azi yang telah diculik lalu telah dikembalikan kepada keluarganya pada petang semalam.

Azi juga memaklumkan bahawa salah seorang penculik memberitahunya yang dia akan pulang pada hari itu.

Kenderaan penculik itu ditahan di imigresen (Thailand), Azi yang berada di dalam kenderaan itu telah bawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand sebelum dibawa pulang ke tanah air semalam.

Kelmarin, pihak polis bagaimanapun berjaya mengesan dan menyelamatkan mangsa dengan bantuan polis Thailand.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik pengguna Tiktok, Azi yang merupakan ejen kosmetik itu akhirnya dibawa pulang untuk bertemu ibubapa serta anaknya.

Bukan tu jer, ada juga pengguna Tiktok lain yang mengatakan bahawa Azi menangis kerana ketakutan ketika bercerita serba sedikit tentang kejadian.

Menerusi video lain, netizen turut melihat kelibat suami Azi (hujung belah kanan, muka nampak separuh) yang pernah ditahan sebelum ini untuk membantu siasatan kerana dipercayai berkait dengan sindiket narkotik.

Kredit: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *