Semasa

Penyanyi Terkenal Akan Bercerai Khamis Ini, Isteri Mahu Kemasyhuran & Populariti

Pelantun suara ‘Laguku Untukmu’ iaitu Hasnol Hassan memberitahu bahawa dia bakal bercerai dengan isterinya, Marina Mohin, pada hari Khamis nanti.

Menurut Hasnol, mereka akan berpisah secara baik dan tiada permusuhan.

Tambah Hasnol, keputusan tersebut terpaksa dibuat memandangkan rumah tangganya dan Marina sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun tak mengapa kerana semuanya kehendak Allah belaka. Saya tak perlu nak pening-pening lagi selepas Khamis ini.”

Terdahulu pada tahun 2015, Hasnol yang pernah popular menerusi Laguku Untukmu turut mengakui faktor kewangannya yang tidak menentu antara punca berlakunya masalah di antara dia dengan Marina pada

Dalam pada itu, Marina yang ditemui berkata, dia yang memulakan langkah untuk memujuk suaminya itu telah berbincang secara baik bagi menyelesaikan kemelut di antara mereka.

Penyanyi Terkenal Akan Bercerai Khamis Ini, Isteri Mahu Kemasyhuran & Populariti

Hasnol pernah popular dengan lagu ‘Laguku Untukmu’.

Kata Marina, hampir sebulan mereka berbincang dari hati ke hati untuk mencapai kata sepakat tentang pelbagai perkara yang terbuku di hati masing-masing.

“Sebulan kami berbincang sebelum kembali bersama dan biarpun saya isteri, tetapi tidak ada salahnya jika saya mulakan langkah demi menyelamatkan hubungan kami.

“Alhamdulillah banyak hikmah dan pengajaran yang kami dapat daripada pengalaman tersebut dan ia mematangkan kami,” ujarnya.

Pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata iaitu Haneesa Maisara yang kini berusia 12 tahun.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Hasnol mempunyai tiga anak iaitu Aqeet Hayyat, Aqeet Hilman, dan Hanna Aeesya, manakala hasil perkahwinan terdahulu Marina, dia mempunyai tiga anak, Zafirah, Ilya Zulaikha, dan Muhammad Aliff Imran, 22 tahun.

Dalam perkembangan lain pada tahun itu juga, Hasnol bakal bekerjasama dengan isterinya untuk menghasilkan single terbaharunya yang akan dikeluarkan.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *