Semasa

Terkejut Dgn Kenyataan ‘Malaikat’ Oleh Zul Arifin, Ini yg Akan Berlaku kpd Drama Terbitan Erma Fatima

Hari ini dunia hiburan tanah air digemparkan dengan keputusan perbicaraan terhadap pelakon terkenal, Zul Ariffin, yang telah memuat naik satu video berkelakuan sumbang di akaun Instagram miliknya.

Pelakon itu telah dikenakan tindakan undang-undang dan perlu membayar denda sebanyak RM 30,000 selepas mengaku bersalah.

“Saya tidak terasa pun dengan kenyataan tersebut

Ini adalah pengajaran buat kita semua. Bukan sahaja Zul tetapi juga saya, pengarah dan anak seni lain.”

Erma juga menambah bahawa drama Perempuan Itu akan disunting semula dan akan tetap ditayangkan kelak.

Mengulas mengenai pengakuannya itu, Zul Ariffin ketika ditemui wartawan berkata dia tidak mahu memanjangkan isu dan berharap kes ini berakhir tanpa membazirkan masa mana-mana pihak.

Meluahkan rasa lega, pelakon ini terharu ramai rakan-rakan hadir memberikan sokongan kepadanya termasuk rakan media.

“Saya enggan bazir masa mahkamah atau sesiapa. Jadi saya memilih mengaku bersalah kerana saya yang memuat naik video terbabit.

Jika tidak, perkara ini akan terus berlanjutan dan saya tak nak hidup dengan rasa yang begitu. Jadi langkah terbaik saya anggap ini kesalahan atas kelakuan saya selain rasa bersalah kepada Allah.”

Menurut Zul Ariffin lagi, tiada tindakan dikenakan kepada pihak yang memintanya untuk memuatnaik kandungan itu.

“Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya ‘malaikat’, saya seorang saja tidak. Jadi, saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa.”

Tambah Zul lagi, apa yang menimpanya ini wajar dijadikan pengajaran kepada pelakon lain supaya berhati-hati sebelum membuat sebarang promosi untuk karya terbaru.

Kredit: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *