Semasa

“Melekat terus badan..” Kusyuk Sangat Menari Sambil PeIuk Lelaki, Emma Maembong Sakan Di Disko

Nama Emma Maembong rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Baru-baru ini, dia telah berkongsi video menunjukkan style rambut barunya apabila memotong pendek rambut panjang yang biasa menjadi identiti pelakon kelahiran Terengganu itu.

Namun begitu, menerusi beberapa perkongsian yang dibuat oleh selebriti Fara Mendoza di aplikasi TikTok, dapat dilihat Emma sedang berhibur di sebuah lokasi dipercayai kelab malam bersama beberapa lagi individu yang dikenali di media sosial.

Dalam perkongsian yang lain pula, foto Emma dan rakannya bergambar bersama turut menjadi persoalan netizen apabila suami kepada selebriti itu memeluk pinggang Fara Mendoza.

Jelas kelihatan dalam video itu, Emma dilihat sedang menari sambil memeluk seorang lelaki di hadapannya bersama beberapa lagi kenalan yang turut asyik menggerakkan badan mengikut alunan muzik.

Dalam pada itu, Fara Mendoza turut berkongsi gambar bersama Emma dengan kapsyen menghargai persahabatan mereka yang sudah menjangkau usia 10 tahun.

Difahamkan, Emma hadir ke tempat tersebut bersama suaminya dan masing-masing berkumpul serta berhibur dengan tema warna baju hampir sama iaitu putih.

Setakat ini, video yang dikongsikan tersebut telah mendapat tontonan lebih daripada 70,000 viewers di aplikasi TikTok.

Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail  sememangnya berkawan rapat dengan Fara Mendoza serta pasangan usahawan iaitu Datuk Addy Kana dan isterinya, Datin Alyaa Syuhaila apabila kerap terlihat bersama dalam beberapa majlis sebelum ini.

Sumber: TikTok Fara Mendoza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *