Semasa

Terpalit Isu Suami Didakwa Dapat ‘Datuk’ PaIsu, Ini Tindakkan Mengejutkan Eina Azman dan Fouziah Gous

Selepas suami Heliza, giliran Eina Azman dan Fouziah Gous pula. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, panas isu pembelian gelaran ‘Datuk’ palsu oleh segelintir individu termasuklah suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Mana tidaknya, hasil semakan di satu-satunya portal rasmi Darjah Kebesaran iaitu Istiadat mendapati nama Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah (suami Eina Azman) dan Datuk Zhafran Md Yusof (suami Fouziah Gous) tiada.

Pendedahan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana rata-rata terhibur dan ‘suka’ apabila lebih ramai individu dikatakan menggunakan gelaran “Datuk” scam.

Pelakon terus membisu isu gelaran ‘Datuk palsu’ suami

Datin Fouziah Gous dan Datin Paduka Eina Azman terus berdiam diri untuk menjawab dakwaan ‘Datuk palsu’ yang dikaitkan dengan status gelaran dimiliki suami masing-masing.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua selebriti itu gagal apabila mesej dan panggilan telefon dibuat tidak dibalas serta dijawab oleh mereka.

Menerusi tinjauan Harian Metro di media sosial, Fouziah melalui perkongsian di Instagram Story kini berada di Johor bersama suami dan anak-anak kerana mengikuti festival perniagaan untuk minuman kesihatan sarang burung walet yang diusahakannya.

Manakala, Eina pula melalui Instagram Story berkongsi beberapa juadah makanan masakannya untuk hidangan sekeluarga pada hujung minggu ini. Termasuk, menikmati keenakan durian Musang King.

Terdahulu, isu gelaran didakwa palsu itu dikaitkan netizen kepada suami penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang tular dan mendapat liputan portal hiburan.

Difahamkan, isu berkenaan timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki Mahadi tidak tersenarai dalam sistem istiadat.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *