Semasa

“Wau, dia punya hantaran..” Selamat Bernikah, Ryan Bakery Kini Sah Suami Elyia

Selepas lima bulan bertunang, personaliti TikTok Ryan Fahmi Bakery selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Elyia Ibrahim jam 11 pagi tadi.

Ryan Selamat Bernikah Ryan Selamat Bernikah Ryan Selamat Bernikah Ryan Selamat Bernikah Ryan Selamat Bernikah Ryan Selamat BernikahRyan Selamat Bernikah Ryan Selamat Bernikah Ryan Selamat BernikahRyan Selamat Bernikah Ryan Selamat Bernikah

Menerusi tinjauan di beberapa platform, gambar dan video sekitar majlis pernikahan pempengaruh berusia 27 tahun itu mula dikongsi oleh pengguna media sosial.

Adik lelaki Ryan iaitu Adam Bakery juga memuat naik satu hantaran di laman Instagram mengucapkan tahniah atas pernikahan abangnya.

Sementara itu, seorang pengguna aplikasi TikTok @multazamnasir yang diundang bagi menghadiri majlis tersebut sempat merakam ucapan daripada Ryan selepas bergelar suami.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, Ryan dan isteri yang dilihat mengenakan persalinan serba putih meninggalkan pesanan ‘teruskanlah hidup walaupun tidak berguna’ dengan nada bergurau.

Melihat reaksi warganet di laman Twitter pula, rata-rata menyambut baik berita gembira itu sekali gus mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Ryan.

“Tahniah kepada Ryan Bakery kerana telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya.”

“Woo semat woo. Macam mana dia buat?”, meniti di bibir bibir lelaki yang single. Tahniah sekali lagi”

“Dengan bernikahnya bangman dan ryan bakery harini, menunjukkan bahawa lelaki kelakar itu lebih menarik”

“Harini Bangman kawin Ryanbakery kawin anda bila nak kawin?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adambakery (@adambakery_01)

Namun, tiada butiran lanjut seperti lokasi, mas kahwin atau hantaran berhubung majlis pernikahan tersebut.

Apapun, selamat menjalani kehidupan rumah tangga buat Ryan dan pasangan!

Sumber: Instagram Adam Bakery , TikTok @multazamnasir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *