Semasa

“Sgt biadap..” Gadis Kecewa Gambar dan Video Nikah Rosak Gara² Makcik Baju Merah Mencapap Merata

Pastinya gambar dan juga video perkahwinan merupakan momen yang paling dinantikan buat mereka yang berkahwin kerana itu akan menjadi satu kenangan yang terindah bagi permulaan hidup baharu mereka.

Namun lain pula jadinya buat pasangan pengantin ini apabila hampir kesemua gambar dan video perkahwinan mereka ‘rosak’.

Buat Semula

“Selepas dua bulan, saya hubungi suami saya menangis cakap kat dia saya tak okay.

Itu pun kami dah rancang nak tukar gambar tak kisah kalau kena caj tambahan dan tak terfikir nak minta makcik tu bayar.

Saya dah bincang dengan suami, selepas 10 tahun kami nak buat balik majlis tanpa kelibat makcik tu.”

Dalam pada itu, Zarah memaklumkan bahawa tujuan dia memuatnaik video tersebut sebelum ini adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai pengajaran dan berharap agar perkara ini tidak berlaku kepada pasangan lain di luar sana.

“Saya pun tiada plan langsung untuk suruh mak cik itu bayar, claim saya punya ganti rugi ke apa, tak langsung.

Saya sebenarnya taknak benda ni jadi dekat orang lain je. Saya berharap diorang minta maaf, lepastu benda tak terjadi pada sesiapa pun, cukuplah sampai saya je.”

Apa komen korang kalau terjadi perkara macamni dekat korang?

Kredit: TikTok naimnezan | YouTube mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *