Semasa

Dituduh Bangga Anak Viral Sebab Pakai CoIi Diluar, Ibu Masya Masyitah Jawab Tuduhan Netizen

Penyanyi Masya Masyitah memberi respon berhubung penampilan digayakan yang dikritik teruk oleh netizen kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej Muslimahnya.

Memetik laporan Astro Gempak, penyanyi berusia 22 tahun itu mengakui enggan memikirkan perkara negatif yang dilemparkan orang ramai.

“Biarlah jelah orang nak viral, orang yang viral tu pun nanti dapatlah balasan dia.

“Buat apa kita nak stress-stress fikir negatif, biar kita fikir benda yang positif,” katanya menerusi satu sesi siaran langsung di laman Instagram.

Sementara itu, terdapat juga segelintir individu menuduh ibu Masya seolah-olah berbangga apabila anaknya menjadi perhatian sebelum dibidas semula oleh wanita tersebut.

“Amboi nak mengata juga lagi. Takpa alhamdulillah. Apa yang kata tu, insya-Allah balik dengan ampa na,” ujar ibu Masya dalam loghat utara.

Ibu Masya Masyitah

Terdahulu, penyanyi lagu Teman Bintang itu dikritik apabila memakai persalinan jumpsuit di bahagian luar dan turtleneck di dalam ketika bercuti di Dubai.

Ibu Masya Masyitah

Berikutan fesyen berkenaan, ramai memerli sindiran mengatakan jumpsuit berbentuk seperti pakaian dalam itu sepatutnya dipakai di dalam, bukan di luar seperti digayakan oleh Masya.

Sumber: Astro Gempak (Izwan Isa) , Instagram Masya Masyitah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *