Semasa

“Lebih 10 kali call tak berjawab, rupanya..” Baru 19 Hari Nikah, Isteri Menangis Bila PoIis Beritahu Suami Tersepit

Kota Bharu: Gerak hati isteri yang rasa tidak sedap hati sebaik arwah suami menghantarnya ke tempat kerja memberi petanda yang dia bakal kehilangan insan dicintai buat selama-lamanya.

“Sepanjang berada di tempat kerja saya tidak tenteram selain perasaan juga berdebar-debar selepas tidak dapat menghubungi arwah suami.

Sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada keluarga yang memaklumkan anggota polis datang ke rumah dan meminta membuat pengecaman ke atas mayat yang terbabit dalam kemalangan di Kuala Krai.

“Pada waktu itu, saya sudah dapat merasakan, mangsa kemalangan yang maut adalah suami sendiri memandangkan nombor pendaftaran kereta yang diberitahu oleh anggota polis yang datang ke rumah adalah kereta yang dinaiki oleh arwah ketika menghantar saya ke tempat kerja,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, dalam Mohamad Norhakim meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit serta mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang memandu dari arah Kota Bharu menuju ke Gua Musang secara tiba-tiba hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres.

Bas ekspres yang membawa 17 penumpang itu datang dari arah Gua Musang ke Kota Bharu kemudiannya bergesel dengan Perodua Kelisa dipandu wanita berusia 40 tahun yang ketika itu berada di belakang kereta dipandu mangsa.

Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu bas ekspres hanya mengalami luka dan calar.

Sementara itu, 17 penumpang bas ekspres serta pemandu Perodua Kelisa tidak cedera.

Nur Aishah berkata, arwah suaminya sebelum ini seorang yang suka bergurau, namun sejak beberapa hari lalu berubah menjadi pendiam.

Dan tidak menyangka perubahan itu petanda yang arwah akan meninggalkannya buat selama-lamanya.

“Saya dan arwah baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 13 Ogos lalu dan kini kehilangan pasangan hidup yang menjadi sandaran untuk bergantung harap.

Namun perlu kuat demi meneruskan hidup dan menerima qada dan qadar Allah SWT.

“Alhamdulillah, arwah juga suami sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pahi pada jam 11 pagi tadi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *