Semasa

Gadis yg Kongsi Tips Travel ke Thailand dan Tidur Sekatil Dgn BF Sambil Bertudung Akhirnya Terima Padah

Apa benda ni? Kalau hari-hari macam ni penat lah… Ada jer benda bukan-bukan yang orang kita ni buat.

Terbaru, boleh pula ada perempuan ni bagi tips cara tidur sebilik dengan kekasih kalau pergi travel. Apa ni?

“Tidur bertudung dan berselimut.”

Malah, apabila tiba giliran untuk mandi, salah seorang antara mereka akan turun ke bawah dan menunggu di ruangan lobi sehingga seorang lagi selesai.

“Sembahyang asing-asing.”

Rasa lebih selamat bercuti dengan pakwe?

Tambahnya lagi, tips percutian itu bukan sahaja dapat menjimatkan duit, malah para wanita akan berasa lebih selamat kerana bercuti dengan teman lelaki.

Apabila ditanya sama ada mereka tidak takut jika terlanjur melakukan zina, wanita itu menitip pesanan agar sentiasa ‘menjaga niat’ supaya perkara sebegitu tidak berlaku.

Terima Padah Dikecam Netizen

Meninjau di ruangan balas, perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tips percutian berkenaan dan mengecam tindakan wanita itu.

Kredit: Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *