Semasa

Susulan Isu BuIi Pelajar Perempuan Di MRSM, Pihak PoIis Jumpa Nota Pelik yg Bertulis..

Di Facebook, seorang ibu berkongsi kejadian di mana anaknya didakwa telah menjadi mangsa khianat di sebuah sekolah berasrama.

Si ibu menyertakan kronologi dari awal kejadian sehingga kini. Dakwanya kes ini masih berlarutan dan pelaku sebenar masih belum dapat dikenalpasti.

Menurut si ibu, pada mulanya baju sekolah anaknya bersama baju batik pelajar senior di blok asrama puteri yang sama ditemui diconteng.

Baju Diconteng

Jumpa Surat Pelik

Selepas itu, uniform sekolah anaknya yang berwarna kuning pula digunting di bahagian lengan. Perkara yang sama didakwa berlaku kepada rakan sebilik anaknya.

Lebih membimbangkan apabila pelaku mula menconteng dinding tandas dan menghantar nota-nota berbaur ugutan dan menakutkan.

“5 helai t-shirt aktiviti maktab berwarna biru telah dijumpai oleh pelajar seniors di ampaian telah digunting melibatkan 4 orang pelajar termasuk baju anak kami.

Pihak warden telah mengambil kenyataan bertulis daripada pelajar-pelajar terlibat.”

Tak cukup dengan itu, pelaku turut menyusun selipar yang ada di depan pintu bilik dengan bentuk ‘S’. Rambut anaknya dan dua orang lagi rakan sebilik digunting pendek ketika mereka sedang tidur.

Walaupun siasatan sudah dibuat pihak sekolah, ibu nampaknya tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Anaknya juga dikatakan telah dirujuk kepada kaunselor sekolah dan didapati mengalami anxiety dan stress berdasarkan perbualan bersama kaunselor.

“Saya telah membawa anak berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak untuk kami benar-benar memastikan tahap kesihatan mentalnya.

Berdasarkan klinikal interview, doktor menyatakan anak saya sihat walafiat dan tiada ciri-ciri anxiety, depression dan stress seperti yang digambarkan oleh TPPP.”

Bagaimanapun, ketika anak dibawa berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak, dia didapati sihat walafiat dan tiada ciri-ciri anxiety seperti yang dikatakan.

Difahamkan, si ibu telah membuat laporan polis dan SISPAA Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelesaikan isu ini.

Setakat ini perkongsian telah mendapat lebih 27,000 shares. Rata-rata terkejut melihat perbuatan khianat yang ada unsur psychopath itu. Mereka berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Kredit: Nazrah Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *