Semasa

Kesian, Ramai yg Mencarinya Slps Kantoi Ambil Gambar Pemain JDT, Ini yg Berlaku kpd Gadis Berkenaan

Sejak semalam, tular di media sosial gambar seorang gadis yang cuba mengambil foto dari belakang pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dengan wajah yang sangat serius.

Gambar tersebut merupakan tangkapan layar dari siaran langsung perlawanan JDT menentang Penang FC  yang ditayangkan di kaca televisyen.

Perkara itu dikongsikan semula pengguna TikTok yang berseloroh mengatakan gadis tersebut begitu bersungguh-sungguh dalam mengambil gambar Arif Aiman iaitu pemain JDT yang berada di hadapannya.

Susulan daripada itu, menerusi muat naik yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @asyrafnasir3, dia meminta orang ramai supaya mencari gadis tersebut memandangkan wajahnya telah tular sejak malam semalam.

muka bersungguh ambil gambar

Menjengah ke ruangan komen, ada yang telah menemui Instagram gadis terbabit dan mendapatkan kepastian berkenaan kesahihan gambar atau video yang berjaya diperoleh.

Tuan badan sila roger

Dah famous satu Malaysia

Ramai peminat lepas ni

Confident tu penting

Duduk di Sebelah Isteri Safiq Rahim

Menerusi Insta Story isteri kepada seorang lagi pemain JDT, gadis terbabit duduk disebelahnya dan tidak sangka gelagatnya ketika menggambil gambar tular di media sosial.

muka bersungguh ambil gambar

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang memalukan dan warganet sekadar terhibur sahaja melihat pelbagai kerenah peminat ketika menonton pasukan bolasepak kegemaran mereka bermain di atas padang.

Kebanyakan mereka berseloroh mengatakan bahawa pulang sahaja dari menyaksikan perlawanan bolasepak malam tadi, gadis terbabit terus dikenali satu Malaysia hanya disebabkan wajahnya tertangkap kamera dan disiarkan secara langsung di TV.

Sumber: Tonton Video di TikTok @asyrafnasir3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *