Semasa

Pasangan Selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh Dikatakan Sudah Bercerai, Netizen Syak Puncanya..

Kuala Lumpur: Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter @thentang membuat ciapan berkenaan perkara itu yang kemudiannya memetik nama penyanyi kumpulan Hujan itu selepas ditanya pengguna lain.

“Makin takut nak kahwin bila dengar orang cerai-berai ni. Hari ini (semalam) pasangan selebriti yang punyalah baik depan media bercerai pula pagi tadi dekat Mahkamah Gombak Timur. Tapi berita tak ‘cover’ pula.

Sebelumnya, akhbar ini melaporkan Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.

“Entahlah, tiada komen. Korang semua kena tipu…good luck (selamat berjaya),” katanya ketika ditemui media.

Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Masih mengunci mulut mengenai dakwaan rumahtangganya dengan Noh, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.

Netizen mengesyaki ia ada kaitan dengan kontroversi yang melanda pasangan itu baru-baru ini.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *