Setiap kali menunaikan solat Jumaat, ia sudah menjadi kebiasaan mempunyai seorang individu yang akan berbesar hati membuat sedekah ataupun jamuan untuk para jemaah yang menghadiri ke masjid.
Tetapi satu video viral di TikTok ini lain pula ceritanya apabila terdapat seorang individu ini memberi sedekah rokok dan diletakkan dalam raga motosikal serta bahagian hadapan kereta.
Rakaman Video ada di BAWAH SEKALI
Tindakkannya itu telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen, dan di kalangan mereka yang menerima ‘bantuan’ tersebut.
“Boleh ke derma macam ni..”
“Niat betul, cara salah tu..”
“Baik derma duit sorang rm5..”
“Benda sia-sia..”
Biarpun mempunyai niat yang baik untuk memberi sedekah di hari mulia berkenaan, para netizen pula mempunyai pandangan yang berbeza dan mereka mempertikaikan dosa pahala memberi rokok di kawasan beribadah.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berasa hairan dengan tindakan individu terbabit memberi barang berkenaan sedangkan ada saja benda lain yang boleh diberi olehnya.
Sekadar info, hukum menghisap rokok telah disahkan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak tahun 1995.
Tonton Video KLIK DI SINI
Kredit: Tiktok @udinponboleh