TAIPING : Seorang wanita warga emas telah mengaIami kerugian sebanyak RM565,700 dipercayai akibat dia telah diperdaya oleh seorang ‘doktor’ yang dikenalinya melalui platform media sosiaI tahun lepas.
Ketua P0lis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata mangsa berusia 68tahun bekerja sebagai penjaga stor kilang diperdaya suspek melalui modus operandi LoveSc4m atas talian sejak tahun lepas hingga Mei tahun ini.
“Mngsa terpedaya setelah berkenalan dengan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama sebagai Ding Nai Wei yang mendakwa dirinya seorang doktor yang sedang bekerja di lraq,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Osman sebanyak 11 kali transaksi dilakukan ke dalam akaun penama Brayen Robson Anak Sito dan sekali atas akaun penama Ho Yee Mun serta satu kali transaksi mengunakan CIMB Bank di akaun penama Clayton Roland.
Katanya semua transaksi wang berkenaan dilakukan mangsa melalui mesin ATM di Maybank Cawangan Taiping bermula dari 4 Okt 2021 hingga 21 Mei tahun ini.
“Mangsa tidak pernah bertemu dengan doktor tersebut sepanjang perkenalan mereka dan mngsa hanya berhubung di aplikasi WhatsApp melalui dua nombor talian iaitu +1(786)6526776 dan +1(984)3683962,” katanya.
Osman berkata mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam setelah menyedari dirinya telah diperdaya suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanvn Kesksaan.
Sumber/Kredit: bernama via kosmo