Semasa

Wanita Tua yang Dihempap Buah Kelapa yg Tiba² Gugur Dari Pokok ke Kepalanya Akhirnya Telah Menerima Rawatan

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang pembonceng wanita yang terjatuh sebelum tergolek dari sebuah motosikal berikutan sebiji kelapa jatuh menghempapnya.

Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Video tersebut bagaimanapun meraih perhatian daripada netizen yang risau akan keadaannya ketika itu.

Mangsa dikenali sebagai Anita Yahaya berusia 59 tahun dipercayai mengalami kecederaan retak pada tulang rusuk dan bahu kiri.

Ujar abang kepada mangsa, Shaari Yahaya, 60, adiknya kini berada dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan doktor.

“Dia masih boleh bercakap dan kini berada di wad Hospital Pulau Pinang.”

Ketika kejadian tersebut berlaku, mangsa sedang membonceng motosikal bersama anak perempuannya dari Titi Teras ke rumah mereka di Teluk Kumbar.

Sumber: Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *