Semasa

Kantoi Panggil Kekasih Hatinya dgn Gelaran ‘Beby’, Akhirnya Terbongkar Indentiti Sebenar Dr Azra

Pasti ramai tahu, sejak dua minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal berkahwin dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera.

Baru-baru ini, menerusi temubual bersama Melodi, Azri menghubungi kekasihnya itu bagi menjawab pertanyaan serta membuktikan Azra benar-benar wujud dan bukan gimik semata-mata.

Azra pada awalnya menjawab panggilan Azri namun sebaik sahaja mengetahui panggilan itu dirakam,  Azra memaklumkan bahawa dia sedang menjalani penggambaran.

Malah, wanita itu juga segera meletakkan telefon.

Turut menjadi perhatian dalam temubual tersebut adalah Azri memanggil kekasihnya itu dengan panggilan baby.

Diruangan komen Facebook TV3 Malaysia, ada segelintir netizen geli mendengar nama panggilan tersebut apatah lagi sudah tua.

Tidak kurang juga, masih ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Dr Azra itu sebenarnya.

Malah ada yang bongkarkan indentiti sebenar Dr Azra.

Menurut Azri lagi, dia hanya cintakan Azra sahaja serta meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan bakal isterinya itu.

“Waktu itu saya tidak ada calon isteri yang tepat lagi. Maka pada 29 Mei Allah temukan saya dengan Azra Diera. Saya balik kampung antara 25 atau 26 Mei.

“Saya belum kenal Azra lagi masa tu. Jad, celah mana perempuan tu kekasih saya? Saya cintakan dan hanya ada Azra seorang. Cinta terakhir saya sampai mati,” katanya.

Kata Azri lagi, disebabkan pendedahan wanita ‘F’ itu, ibu kepada kekasihnya Dr Azra Diera, pengsan dan dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu.

“Mak Azra pengsan selepas tengok video temubual wanita itu. Sampai sekarang masih ditahan di hospital.

Sedangkan mak dan ayah Azra menunggu masa saja saya bawa keluarga berjumpa mereka di Perlis. Mak dan ayah Azra pula sudah berumur 70 tahun lebih,” katanya.

Dalam pada itu, Azri berkata meskipun selepas pendedahan wanita F itu, Azra tetap mencintai dirinya serta tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku sebelum ini.

“Azra setia dengan saya. Dia tak ambil ‘port’ pun. Sejarah kami bermula 29 Mei hingga sekarang. Apa yang berlaku sebelum itu kami tak kisah kerana ia cerita lepas,” katanya.

Sementara itu, Azri berkata susulan kontroversi itu dia digugurkan dari persembahan Teater Tan Sri Elyas kerana didakwa membawa impak buruk tanpa bertanya langsung mengenai fitnah tersebut.

“Saya juga digugurkan dari pementasan teater Tan Sri Elyas oleh DBKL kerana mereka pun ingat berita fitnah tu betul. Mereka tak tanya saya langsung tapi terus buang,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty mencabar kekasih bekas suaminya bernama Dr Azra munculkan diri selepas meragui tentang kewujudan wanita itu.

Menurut Ellie lagi, dia tidak menghalang bekas suaminya berkahwin lagi namun bimbang jika ia adalah love scam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *