Semasa

Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman

Kuala Lumpur: Polis sedang menunggu arahan selanjutnya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini.

Ia berhubung pelakon, Sharnaaz Ahmad yang didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan dirujuk ke TPR hari ini.

Ia untuk mendapatkan keputusan kesalahan apa yang akan dituduh di mahkamah ke atas suspek.

Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman Sharnaaz Ahmad Berkata Dia Bukan Penjenayah, Rupa-rupanya Ini Sebab Dia Ditahan Reman

Menurutnya, setakat ini, polis masih menunggu keputusan arahan daripada TPR.

“Pelakon terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis jam 12 tengah hari ini selepas direman tiga hari bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan selepas mangsa yang juga penghuni kondominium tampil membuat laporan polis mendakwa dipukul suspek dan lebam di mukanya,”

Katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Eng Lai berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak.

“Bagaimanapun rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan di kondominium terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan pengawal keselamatan itu.

“Kebetulan ketika kejadian itu, pelakon terbabit yang melihat insiden terbabit datang menegur mereka.

Kemudian bertukar sebaliknya apabila dia didakwa bertindak menumbuk mangsa,” katanya.

Saya Bukan Penjenayah

“Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya,” kata pelakon, Sharnaaz Ahmad, 36.

Dia dibebaskan dengan jaminan polis hari ini atas dakwaan memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut, di sini, Khamis lalu.

Sharnaaz ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, mengakui panas baran adalah sinonim dengannya.

“Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya.

“Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis.

Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat,” katanya.

Sharnaaz berkata, dia juga akan membuktikan kepada mahkamah bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes yang berlaku.

“Selama tiga hari ini lebih kepada membantu siasatan. Tiada yang teruk, malah banyak pengajaran yang saya belajar. Jangan risau saya okay dan pihak polis juga memberikan layanan yang baik.

“Saya yakin saya tidak bersalah. Insya- Allah saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tidak diceritakan.

Saya akan ceritakan nanti di mahkamah. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah,” katanya yang turut memaklumkan mahu berjumpa dengan anaknya dulu, Jebat Jayden.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, di sini.

Suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada jam 8.30 malam, Khamis lalu.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *