Semasa

Dilayan Baik Dan Dibukakan Pintu, Akhirnya Zara Zya Dedahkan Hubungannya Shuib

Baru-baru ini hangat diperkatakn apabila pelakon Zara Zya memuat naik gambar serta video di TikTok bersama Shuib Sepahtu.

Susulan perkongsian itu, ramai peminat yang teruja dan menyokong serta merestui jika kedua-dua mereka benar-benar bercinta.

Turut menjadi perhatian komen seorang netizen yang mengatakan seolah nampak Shuib mengucapkan ‘Waailaikumsalam cinta’ selepas menghantar Zara ke kereta.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

“Macam merpati dua sejoli..”

“Shuib memang layak..”

Doakan yang positif

Memetik mStar Online, Zara meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik serta sentiasa positif. Ujarnya, dia dan Shuib ada kehidupan mereka masing-masing.

“Bila ada video atau gambar dengan lelaki ini, terus nak jodohkan. Saya tak kisah nak komen apa, asalkan benda yang baik-baik.

“Tapi harap dapat fikir yang positif saja sebab tak nak la nanti ada pihak lain pula terasa hati. Shuib pun ada kehidupannya sendiri, sama juga dengan saya,” katanya.

Sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan usahawan kosmetik, Alha Alfa, Zara mengakui mereka memang rapat namun tidak pernah bercinta.

“Doakan yang baik-baik untuk saya. Doakan saya bertemu dengan jodoh yang baik. Insya-Allah kalau ada berita gembira ke apa saya akan kongsi.

“Buat masa ini nak fokus pada diri sendiri, perniagan dan karier seni. Mana tahu kalau tiba-tiba bertemu jodoh terus kahwin,” katanya.

Sebelum ini tular video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan Shuib turun dari kereta dan memberikan sesuatu kepada seorang warga emas yang keretanya rosak di tepi jalan.

Menerusi video itu, pada awalnya warga emas itu dilihat menolak pemberian Shuib dipercayai wang namun akhirnya menerima mungkin selepas dipinta oleh pelawak itu.

Diruangan komen, anak kepada warga emas itu mengucapkan terima kasih kerana membantu bapanya yang berada di dalam kesusahan.

Dalam pada itu, ramai yang memuji sikap suami kepada arwah Siti Sarah. Malah, ada yang mengatakan inilah sebab Shuib dan arwah Sarah murah rezeki kerana mereka sentiasa memberi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *