Semasa

“Dah penat tegur dah..” Gara² TuIar Gambar Anak Buah Rembat Duit Masa Raya, Wanita Tampil Mohon Maaf

Anak buah cri duit waktu beraya

Baru-baru ini, tular isu apabila 9 orang budak berpakaian sedondon didapati menyelongkar beg tetamu dan mengambil duit tuan rumah sewaktu datang beraya.

Tular budak curi duit tuan rumah

Perkongsian penuhnya dapat dilihat menerusi ciapan Malaysia Viral di laman Twitter beserta gambar mereka sewaktu kejadian.

Anak buah cri duit waktu beraya

Menurutnya, mereka memohon entri berhubung kejadian tersebut dipadamkan dan kes tersebut diselesaikan secara baik.

“Tujuan saya buat video ni bukan untuk malukan sesiapa, cuma nak betulkan keadaan supaya orang tak salah faham…”

“Dia ada datang minta maaf dan suruh padam ‘posting’ tapi saya tak boleh buat macam tu, saya kena betulkan dulu keadaan, kalau tak nanti orang ingatkan saya tipu pula.”

Makcik dedah perangai sebenar anak buah

Sewaktu pertemuan itu, emak saudaranya juga ada mendedahkan sikap anak buahnya.

Ujar wanita itu, hanya anak buahnya seorang itu yang sukar untuk dikawal, walhal telah banyak kali ditegur agar menjaga perangai dan adab.

“Semalam, saya rasa nak halau dia. Saya malu…”

“Yang budak ni sorang je… dulu kat sekolah pun pernah buat.”

“Susahlah nak cakap budak ni, dah lama saya jaga dia, saya bagi diaorang semua cukup.”

Anak buah cri duit waktu beraya

Di akhir ‘live’ tersebut, pemilik akaun memaklumkan bahawa kes tersebut telahpun selesai, malah ahli keluarganya juga telah membuat permohonan maaf selain memberitahu akan menggantikan semula wang yang diambil.

Namun begitu, dia memilih untuk tidak meminta sebarang pemulangan, cuma berharap agar kejadian sama tidak berulang lagi kepada orang lain.

“Benda ini sudah selesai dan tidak mahu diperbesarkan kerana ada antara mereka mahu duduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

“Sesi siaran langsung ini tidak bertujuan apa-apa, cuma nak betulkan keadaan, nak beritahu mereka dah datang minta maaf.

“Lepas tular semalam mereka tak boleh keluar rumah dan pemilik rumah arahkan mereka keluar dari rumah sewa,” katanya pada sesi siaran langsung di Facebooknya pada Isnin.

Pada Ahad, Norfatin berkongsi kisah rumahnya didatangi sembilan kanak-kanak yang didakwa sempat menyelongkar beg tangan di rumah itu dan mengambil sampul raya.

“Mula-mula kami tak perasan, lepas budak-budak ini balik, tengok sampul duit raya dah hilang.

Kami jumpa sampul duit raya itu dalam bilik air tapi dah kosong. Baru teringat budak-budak itu guna bilik air tadi.

Sumber : Sinar Harian, rdaksi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *