Semasa

Ramai yang Salahkan Pandu Lori Kerana Bawa Terlalu Rapat, Namun ini yg Berlaku Sebenarnya

Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat mereka dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora.

Mak ayah allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam mayat anak-anak mereka kerana mereka semua rentung dalam kemalangan.

Al-Fatihah.

Kesemua mangsa terbabit merupakan pelajar dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.

Mangsa terlibat dikenali;

– Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, beralamat Taman Desa Bukit Bujang Kuala Kubu, Selangor

– Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, beralamat Taman Perumahan Perwaja Cukai, Terengganu

– Iqbal Hasnun Halimi, 23, beralamat Taman Impian Jaya Senai, Johor

– Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, beralamat Magna Ville Selayang Batu Caves, Selangor

– Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, beralamat Taman Kerian Permai Parit Buntar, Perak

Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredhaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat.

Kronologi

Kejadian kemalangan melibatkan dua buah lori dan kereta di KM 245.20 (Arah Utara) selepas Terowong Menora.

Laporan dari Twitter @PLUSTrafik
15:33hrs Status terkini Lorong kiri, Lorong kanan di kedua-dua arah kembali dibuka seperti biasa. Trafik sesak 8Km arah Utara & sesak 6Km arah Selatan.

14:25hrs Status terkini, Lorong kiri arah Utara masih ditutup manakala Lorong kanan telah dibuka. Laluan kontra telah dinyahaktifkan. Trafik perlahan 3Km arah utara & sesak 7Km arah selatan. Sila rancang perjalanan anda

13:41hrs Status terkini, Lorong kiri arah Utara masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan manakala Lorong kanan telah dibuka.

Laluan kontra masih diaktifkan. Trafik perlahan 1Km arah utara & sesak 7Km arah selatan. Sila rancang perjalanan anda.

12:50hrs Status terkini, Lorong kiri arah Utara masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan manakala Lorong kanan telah dibuka.

Laluan kontra masih diaktifkan. Trafik perlahan arah utara & perlahan 5Km arah selatan. Sila rancang perjalanan anda.

10:20hrs Status terkini, Lorong kiri arah Utara masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan manakala Lorong kanan telah dibuka.

Laluan kontra masih diaktifkan. Trafik sesak 10Km arah utara & trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif.

9:03hrs Status terkini, Lorong kiri arah Utara masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan manakala Lorong kanan telah dibuka.

Laluan kontra masih diaktifkan. Trafik sesak 11Km arah utara & trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif.

8:42hrs Status terkini, Lorong kiri arah Utara masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan manakala Lorong kanan telah dibuka.

Laluan kontra masih diaktifkan. Trafik sesak 13Km arah utara & trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif.

1:49hrs Kemalangan Km 245.2 arah Utara dari Terowong ke Kuala Kangsar. Lorong kiri, Lorong kanan & lorong kanan arah selatan terhalang.

Dalam keadaan semasa, imbasan Xray bagi kelima-lima jenazah Allahyarham yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, telah pun selesai pada tengah malam tadi oleh pihak Hospital Kuala Kangsar.

Difahamkan sekarang pihak hospital akan melakukan Bedah Siasat (Postmortem) kepada kelima-lima Allahyarham petang ini.

Alhamdulillah 4 ahli keluarga sudah tiba di tempat penginapan (Casuarina) dan Hospital bagi menuntut jenazah Allahyarham. Masih menunggu ketibaan Ahli keluarga dari Terengganu.

Semoga dipermudahkan segala urusan .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *