Perhatian: Kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lepas. Semoga anda semua jadikan sebagai satu pengajaran. Elakkan lah menggunakan telifon bimbit ketika memandu. Sayangi keluarga anda.
RAKAMAN VIDEO KEMALANGAN DI BAWAH SEKALI
Seorang kanak-kanak terselamat, namun ibu bapa dan 3 adik beradiknya maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika berjalan di tapi jalan, lapor Digital Times.
Dalam kejadian pada jam 11 pagi hari tersebut, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pasangan suami isteri berjalan di bahu jalan sebelah kanan bersama dengan empat orang anak kecil mereka.
Menurut sumber, kejadian itu berpunca dari tindakan pemandu kenderaan itu yang bermain dengan telefon bimbitnya sehingga menyebabkan dia tidak menyedari pemanduannya tersasar lalu merempuh keluarga berkenaan.
Difahamkan, pemandu itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pemandu terbabit dan meminta pihak berkuasa di negara itu mengenakan hukuman yang berat terhadap lelaki itu agar menjadi pengajaran kepada semua pengguna jalan raya supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
TONTON VIDEO:
Disebabkan pemandu leka bermain fon, habis hilang nyawa orang lain.Rakaman kemalangan lama yg boleh dijadikan sebagai pengajaran. Elakkan menggunakan phone ketika memandu! pic.twitter.com/fJMPRMi2yN
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) May 8, 2022
Sumber TheReporter