Semasa

“Dia berdiri di tengah²..” Saksi Ternampak ‘Kelibat’ Sebelum 16 Mangsa Main Gelongsor Jatuh di Taman Tema

SERAMAI 16 kanak-kanak maut selepas terjatuh dari papan gelongsor air di Taman Kenjeran (Kenprak) Surabaya, Jawa Timur di Indonesia yang berketinggian 10 meter.

Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kota Surabaya Ridwan Mubarun berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 1.30 petang pada Sabtu.

Kejadian ini telah mengejutkan kesemua rakyat di Indonesia, dan di Malaysia.

Katanya, hasil siasatan mendapati, kejadian bermula apabila sambungan papan gelongsor air yang digunakan itu tiba-tiba jatuh ketika pengunjung leka bermain di atasnya.

“Kami percaya punca keruntuhan sambungan gelongsor itu disebabkan oleh pembinaan yang sudah uzur.

“Kesemua mangsa dirujuk ke Hospital Soewandhie dan Hospital Soetomo, kini lokasi tersebut ditutup serta-merta terutama kawasan taman air Kenpark bagi tujuan siasatan lanjut daripada pihak polis,” katanya. – Kompas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *