Semasa

Harta Wang Milik Isteri Addy Kana Dan Syarikatnya Kini Telah Menjadi Hak Kerajaan

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) — Wang milik isteri kepada ‘Datuk Addy Kana’, Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff berjumlah RM353,723.81 dan wang RM75,846.82 milik syarikatnya, Nine Nine International yang didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram, kini menjadi harta kerajaan.

Pada 29 Sept tahun lepas, pendakwa raya memfailkan notis usul melucut hak wang milik ahli perniagaan Alvin Goh Leong Yeong berjumlah RM60,232.01.

Ia disimpan di dalam tiga akaun bank lelaki itu dan wang RM10,588.94 dan RM16,721.75, masing-masing milik syarikatnya iaitu Malaysian House of Internet dan Network Computer.

Turut dipohon lucut hak wang milik Alyaa Syuhaila berjumlah RM353,723.81 yang berada di dalam lima akaun banknya dan wang RM75,846.82 milik Nine Nine International.

Permohonan itu difailkan atas alasan wang yang disita pada Disember 2020 dan Januari 2021 didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram.

Iaitu perjudian secara dalam talian dan dagangan mata wang kripto tanpa lesen sah dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *