Tular gambar seorang wanita yang membantu seorang budak lelaki untuk kencing ke dalam botol di medan selera Plaza Tiong Bahru, Singapura baru-baru ini.
Menurut Mothership, gambar kontroversi yang dimuat naik di laman Facebook komuniti “COMPLAINT SINGAPORE” itu mendapat perhatian orang ramai.
Berdasarkan gambar itu, budak lelaki tersebut sedang berdiri di atas kerusi sambil kencing ke dalam botol bersebelahan semangkuk ais kacang di atas meja.

“Malah mungkin apabila mereka kembali, tempat duduk mereka sudah tiada. Tolong faham dengan (kes) kecemasan kanak-kanak,” katanya seperti yang dimuat naik Mothership.
Dalam pada itu, seorang lagi warganet bernama Matthew Chua pula berpendapat bahawa kaedah kencing dalam botol sebegitu langsung tidak menggugat seleranya.

“Aduh, melihat kejadian ini berlaku di tempat awam, ia sesekali tidak akan mengganggu selera saya.
“Jika ia adalah najis (berak), maka saya akan beredar. (Bagi saya) ini masih cara yang lebih bersih berbanding orang batuk,” katanya, seperti yang dipetik Mothership.
Bagaimanapun kedua-dua komentar berkenaan menerima reaksi berbeza daripada warganet lain.
Rata-rata mereka dipercayai berasa terkejut dengan pendapat dan kenyataan yang dikeluarkan sedemikian.
Dalam pada itu, beberapa warganet lain dalam Facebook komuniti COMPLAINT SINGAPORE tersebut turut tidak melepaskan peluang untuk melontarkan reaksi mereka di ruangan komentar.
Sumber: Mothership