Seorang wanita dilaporkan telah ditetak oleh suaminya dalam kejadian di Beach Road pada Khamis.
Memetik laporan TNP, wanita berusia 41 tahun itu telah dihantar ke hospital akibat kecederaan yang dialaminya.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara seumur hidup atau sehingga 20 tahun serta denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, polis juga menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan video itu dan membuat spekulasi mengenai kes tersebut.
Terdahulu, rakaman video yang memaparkan insiden berkenaan telah tular di media sosial.
Menerusi video itu, orang ramai yang berada di tempat kejadian menghalang tindakan suspek dengan melemparkan beberapa barangan seperti tong sampah dan kerusi.
Seorang pekerja dari kedai makan berhampiran berkata dia melihat seorang wanita berlari keluar dari belakang salah sebuah kedai dan seorang lelaki datang kepadanya dengan membawa pisau pemotong.
Insiden itu dikatakan berlarutan lebih kurang 10 minit.
Dalam pada itu, seorang pemilik restoran memberitahu bahawa mangsa merupakan salah seorang pekerjanya.
Sumber: TNP