Semasa

Tular Bainun Bergambar dgn Semua Peguamnya, Sekali Netizen Perasan Sesuatu yg Mengejutkan

Isu mengenai pengasas Rumah Bonda dan adik Bella kini kembali menjadi bualan hangat apabila  perbicaraan kes disambung semula semalam, amat memilukan buat hati rakyat Malaysia apabila saksi menceritakan bagaimana remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun ini didera.

Di Twitter sekarang sedang hangat diperkatakan apabila salah seorang peguam untuk pengasas, Siti Bainun Ahd Razali ada muat naik gambar mereka semua ketika hari perbicaraan.

Sebahagian cross examination oleh peguam Siti Bainun kepada saksi pendakwaan kelima

Peguambela Jelaskan Keadaan

Mengulas tentang persoalan ramai mengapa dirinya mewakili pihak defendan, Hafidzah menjelaskan seseorang peguam berhak untuk menggalas tanggungjawab itu selepas percaya ‘versi’ anak guam berdasarkan dokumen yang disertakan.

Malah katanya lagi, sekarang masih terlalu awal untuk sesiapa pun menyatakan tertuduh atau defendan yang bersalah memandangkan tempoh perbicaraan pun masih belum selesai.

“Kita decide bila percaya versi anak guam..sekarang masih awal untuk berkata itu dan ini terhadap seseorang. Tunggu mahkamah buat keputusan..” 

Dalam kata-kata terakhir peguam itu di dalam video yang dimuat naik, dia berharap agar pihak yang benar akan terbela di dalam kes yang sedang berlangsung ini.

“Anda yg xdpt dgr, xdpt baca dokumen, xdpt tgk, xdpt peluang nk faham, mohon doakan pihak yg benar akan terbela nanti..” Hafidzah Hassan

Sudah semestinya penjelasan yang dibuat oleh peguam tersebut tidak diterima baik daripada netizen dan rata-ratanya meminta agar Hafidzah kalah dalam kes adik Bella ini.

Namun paling mencuri perhatian ramai apabila peguam ini memuat naik gambar ‘pasukan peguam Siti Bainun’ serta sebahagian butir perbicaraan dalam mahkamah di platform media sosial miliknya.

Bagi yang tidak tahu, cross examination ataupun pemeriksaan balas merupakan salah satu proses undang-undang bertujuan untuk menguji ketepatan atau kebenaran terhadap setiap keterangan yang sudah diberikan oleh saksi.

Malah di masa akan datang, ujarnya tiba giliran pihak plaintif juga akan melakukan proses tersebut terhadap defendan.

Dalam pada itu, Hafidzah turut menafikan spekulasi bahawa dirinya dan rakan-rakan peguam bersubahat dengan tertuduh.

Sebaliknya, mereka cuma wakil saja yang berusaha sebaik mungkin dalam memastikan hak anak guam terbela.

cross exam

meh sistur nak share.

soal balas adalah satu proses undang2 yg memberi ruang kepada satu pihak untuk menguji ketepatan dan kebenaran kata2, cerita2, dan versi2 pihak lawan.

jangan risau nti smpi masanya pihak sana pula akan soal balas pihak yg sini.

takde kaitan dgn peguam, mcm mana peguam boleh tidur bersubahat dgn tertuduh. mmg soal balas ni proses yg diperuntukkan di bawah undang2. mmg kene soal.

sebab mmg kami tak boleh tidur, tapi sbb nk pastikan nasib dan hak okt dpt dibela. peguam hanya wakil. kita xperlu nak beremosi dgn peguam dan gunakan kata2 yg tidak baik.

kalau anda di pihak yg salah mcm mana?. kalau anda di pihak yg betul pulak, still u have no rights to take it on us yg hanya bertindak mewakili dan memperjuangkan kepercayaan anak guam kami.

maaf kami bukan pihak yg berjuang ikut pihak yg anda suke, pilih, suka, dan diluluskan anda. masing2 perjuangkan kebenaran masing2.

semoga kebenaran nya akan dpt diperlihatkan kelak. ameen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *