Semasa

Video Rakaman Perdana Menteri ‘Ditolak’ Ketepi Utk Beri Laluan Kpd Najib Razak Telah Mendapat Reaksi Netizen

Sebuah video menunjukkan beberapa ahli politik daripada parti Barisan Nasional sedang berkempen tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh seorang individu di Twitter itu merupakan rakaman pendek yang diambil dari berita di televisyen.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Antara yang berada di situ adalah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, tindakan Zahid Hamidi telah mendapat perhatian warganet.

Menerusi rakaman itu, beliau dilihat seolah-olah menolak Perdana Menteri ke tepi untuk memberi laluan dan memanggil Najib Razak berdiri di sebelahnya.

Kesian pulak tengok Ismail Sabri kena macam ni.

Perdana menteri kena tolak utk bg laluan kpd najib

Ramai netizen memberi respon masing-masing di Twitter dan rata-ratanya menyatakan pandangan mereka tentang apa yang berlaku itu.

Ada yang marah dan tidak suka dengan tindakan Zahid Hamidi kerana dikatakan tidak menghormati Perdana Menteri.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat kejadian itu tidak perlu diperbesarkan kerana Najib Razak dilihat menghormati dan berdiri di sebelahnya.

Sumber : BautifuInara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *