Semasa

Sangat Mengejutkan! ‘Lelaki’ Ini Dikatakan Suspek Utama Kematiian Pelakon Terkenal ini

Rakaman CCTV Tersebar, Netizen Syak Kematn Pelako

Kes kem4tian pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida akibat terjatuh dari bahagian belakang bot laju nampak gayanya masih hampir terungkai.

Hal ini kerana, pelbagai spekulasi dan persoalan yang timbul berhubung insiden berkenaan.

Rakaman CCTV Tersebar, Netizen Syak Kematn Pelako

Ini untuk disoal siasat dan menjalani ujian pengesan poligraf bagi mengesan pembohongan.

Mereka kemudian akan diminta menceritakan semula peristiwa yang menimpa Tangmo Nida.

Difahamkan, setakat ini kelima-lima mereka tidak boleh disabitkan sebagai pesalah atau suspek tetapi hanya dipanggil sebagai saksi.

Mengenai luka pada bahagian paha kanan dan kesan calar di kaki kiri mangsa, polis mendakwa pihak mereka tidak dapat mengesahkan sama ada luka berkenaan adalah berpunca dari kipas bot atau sebaliknya.

Tetapi mereka mengesahkan bahawa kematian Tangmo Nida adalah disebabkan lemas kerana terdapat lumpur pada paru-paru mangsa.

Rakaman CCTV Tersebar, Netizen Syak Kematn Pelako

Semalam kecoh pula beberapa video yang dipercayai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan kelima-lima rakan Tangmo Nida berada di dalam bot.

Berikutan daripada itu, terdapat pelbagai spekulasi yang timbul antaranya menurut netizen apa yang mencurigakan adalah saat ditanya di mana lokasi mangsa terjatuh, mereka menunjukkan ke arah yang berbeza.

Selain itu, kelima-lima saksi berkenaan mendakwa Tangmo Nida tidak dapat diselamatkan kerana pasukan penyelamat lambat tiba.

Tetapi ada dakwaan mengatakan mereka sempat ‘menghilangkan diri’ selama 24 jam sebelum melaporkan kepada pihak polis mengenai insiden yang menimpa Tangmo Nida.

Lebih menimbulkan persoalan ramai adalah jumlah foto yang dimuat naik di Instagram Tangmo Nida semakin berkurangan.

Dan mengesyaki ada individu telah memadamkan beberapa gambar tersebut.

Apabila ditanya kepada pengurus Tangmo Nida, dia mendakwa tidak tahu kata laluan pelakon itu.

Menerusi laporan media Thailand, mereka juga mendakwa tidak mendengar bunyi sesuatu terjatuh kerana bunyi enjin bot sangat kuat.

Apabila ditanya mengenai luka pada kaki mangsa, pemandu bot mendakwa dia tidak sedar enjin atau kipas bot terkena pada kaki mangsa pada waktu itu.

Jika difikirkan secara logik, mustahil pemandu tidak sedar sekiranya enjin bot berlanggar dengan sesuatu.

Malah dari rakaman CCTV kelihatan terdapat lima gelas minuman berisi wine tetapi semasa pemeriksaan pihak polis hanya menemui satu gelas sahaja.

Bukan itu sahaja, netizen juga melihat terdapat kesan calar pada tangan dan bahu seorang individu yang berada di dalam bot berkenaan.

Namun doktor mengesahkan luka tersebut dipercayai bukan daripada cakaran kuku, manakala lebam disebabkan hentakan objek keras.

Malah ianya sudah ada sebelum kejadian iaitu sejak seminggu yang lalu.

Netizen juga mendakwa terdapat kesan koyak pada baju tshirt yang dipakai individu berkenaan ketika kejadian.

Malah ada satu dakwaan mengatakan Tangmo Nida baru sahaja mengambil insurans kemalangan dan meletakkan nama anak angkatnya, Easter.

Difahamkan, Easter merupakan anak kepada pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik.

Hal ini secara tidak langsung membuatkan netizen mula membuat spekulasi kemungkinan Kratik tidak mahu menyelamatkan Tangmo Nida.

Ini kerana sekiranya pelakon itu mati, mereka akan menerima wang insurans tersebut.

Rakaman CCTV Tersebar, Netizen Syak Kematn Pelako

Sementara menerusi satu sesi live, kawan Tangmo Nida yang turut berada di dalam bot terbabit iaitu Wisapat Manomairat.

Atau lebih dikenali dengan nama San mendakwa ramai dalam kalangan netizen masih salah faham dengan insiden yang berlaku.

Dia juga menafikan dakwaan bahawa dirinya enggan menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Ketika sesi live berlangsung, San sempat menunjukkan bahawa lengannya tidak mempunyai luka seperti yang didakwa.

Tambah San lagi, keadaan pada ketika itu sangat gelap dan ianya secara tidak langsung menyukarkan mereka untuk menyelamatkan Tangmo Nida.

Menerusi temu bual bersama satu program temu bual, pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik diminta untuk melakonkan semula kejadian yang berlaku di belakang bot secara live.

Namun ada suatu ketika, kedengaran Kratik seperti gagap saat memberikan kenyataan.

Selepas mendengar kenyataan tersebut, pengacara meluahkan rasa sedih dengan sikap kesemua rakan mangsa yang seolah-olah tidak peduli dan langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan pelakon itu.

Difahamkan, siasatan lanjut berhubung isu ini masih lagi dijalankan oleh pihak polis.

Sumber: Tnews, Mgr Online, Mathicon, Bangkok Post, TikTok, Conandaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *