Semasa

Lelaki B4kar Diri Sendiri Dalam Kereta, Kecewa Bekas Makwe dah Ada Pakwe Baru

Lelaki Sengaja Bak Diri Dalam Kereta

Baru-baru ini viral satu video di media sosial berkaitan kes kebakaran kereta.

Video itu memaparkan keadaan seorang lelaki keluar dari kereta dalam keadaan satu badannya terbakar.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Lelaki Sengaja Bak Diri Dalam Kereta

Lelaki Sengaja Bak Diri Dalam Kereta

“Seorang orang awam kemudian memberhentikan kereta di belakang kereta yang sedang terbakar.

Dan ternampak seorang lelaki dalam keadaan terbakar pada badan berjalan ke arah keretanya.

Saksi kemudian keluar dari kereta dan menenangkan lelaki serta memadamkan kebakaran pada badan mangsa.

Kemudian bertindak untuk menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.”

Bapa mangsa memaklumkan bahawa anak lelakinya itu adalah seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah.

Hasil daripada siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 28 tahun itu sudah beberapa kali melakukan cubaan membvnuh diri.

Ini kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baru.

Malah sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah meminum petrol sebelum keluar rumah menaiki keretanya.

Bapa mangsa yang mulai curiga dengan tingkah laku anaknya itu segera membuat laporan polis.

“Apabila sampai di balai polis, pihak polis memaklumkan menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar di atas jambatan Kampung Syed Omar, Kangar.

Bapa mangsa kemudian pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan kereta yang terbakar adalah milik mangsa.”

Difahamkan, mangsa kini masih dirawat di HTF dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas melecur 96 peratus pada badannya.

Sumber: Harian Metro, Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *