Semasa

Wanita Tergamam Tiba² Makcik Tak Dikenali Maki, Tuduh Pakai Baju Syetan Nirojim

Tak menjadi masalah pun andai kita membuat teguran kepada mana-mana pihak untuk menegur.

Asalkan lembut, dan kena dengan caranya serta tidak menyingung hati serta perasaan orang lain.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Dan dia telah menjawab semula ‘perlian’ makcik berkenaan dengan memintanya tidak campur tangan dalam urusan orang lain.

Melalui gambar yang disertakan, wanita tersebut memberitahu yang dia hanya memakai pakaian normal.

Dan tidak pula terlalu menjolok mata sehingga mengganggu pandangan mata orang lain.

Tambah wanita itu, makcik berkenaan tiba-tiba berangin kerana mengatakan dia memakai baju wajah syaitan sedangkan gambar di bajunya adalah wajah harimau kumbang.

keadaan tidak sedar pada waktu tersebut

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai apabila melihat video yang tular berkenaan.

Ada diantara mereka bersetuju makcik puaka seperti itu sememangnya ada dan suka menegur orang lain sesuka hati dengan kasar tanpa memikirkan perasaan orang.

Namun, ada juga yang merasakan kedua-duanya agak kurang sopan kerana menggunakan kata-kata yang ‘pedas’ bagi berlawan cakap sesama sendiri.

Sumber: Twitter @farizjefri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *