Semasa

Ibu Muda Meraung Minta Pertolongan, BersaIin Dlm Banjir, Jiran² Sebak Lihat Apa yg Berlaku

Mangsa-mangsa banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia khususnya di Selangor telah membuatkan ramai rakyat Malaysia terkesan.

Mana tidaknya keadaan mereka yang terputus bekalan makanan dan ada juga yang masih terperangkap didalam banjir.

Ia membuatkan warganet yang melihat berasa hiba lebih-lebih lagi banyak video tular di media sosial.

Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tutynooamalina apabila memuat naik video menyedihkan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Ramai juga yang ibu bersalin dalam banjir

Baby tu dipegang takut terjatuh dalam air

Allahuakbar, semoga diberi ketabahan

Ia memperlihatkan keadaan mereka cuba membantu seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang ditenggelami air.

Dalam perkongsian video tersebut, dapat didengar bunyi suara bayi menangis dan jeritan meminta tolong seorang wanita.

Jiran tetangga yang berada berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan.

Syukur, wanita tersebut akhirnya selamat melahirkan bayi walaupun dalam keadaan sangat tidak selesa.

Perkongsian yang dibuat oleh @tutynooramalina itu telah mendapat perhatian ramai kerana berasa simpati dengan situasi yang dihadapi oleh wanita tersebut.

Bersalin di rumah dalam keadaan air banjir di paras yang membahayakan memang sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi tanpa sebarang persediaan yang cukup.

Sumber: TikTok @tutynooramalaina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *