Bantuan Kerajaan

Setelah Ramai Menunggu, Akhirnya KWSP Umumkan Skim Pengeluaran Baru Buat Ramai Tersenyum

KWSP Umum Berita Buat Ramai Lega

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela 2.0 peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

KWSP Umum Berita Buat Ramai Lega

Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengenai persidangan itu, Ahmad Badri berkata ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.

Oleh itu, ISWC tahun ini telah dinaik taraf, menyaksikan para penganjur yang merupakan kuasa- kuasa berpengaruh dalam negara.

Kami telah berkumpul bersama-sama barisan penceramah yang ternama bagi menyelami isu-isu berkaitan ketaksamaan.

Ia termasuklah dari aspek ekonomi, penjagaan kesihatan, dan pendidikan,” tambah Amir Hamzah.

KWSP Umum Berita Buat Ramai Lega

ISWC 2021 ini dianjurkan secara bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa ISSA.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual menutup persidangan ini esok.

Sumber : Online Malaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *