Semasa

Potong Kenderaan Tak Lepas, 2 Rakan Rapat MninggaI Slps Rempuh Myvi di Laluan Bertentangan

kejadian berlaku apabila pemandu Myvi dari arah Semenchu menghala ke

KESERONOKAN satu konvoi motosikal bertukar pilu apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 49 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, Johor, semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 10.30 pagi itu, kedua-dua mangsa, iaitu penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda RS150 bertembung dengan kereta jenis Perodua Myvi.

Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa, iaitu lelaki dan perempuan berusia 20 tahun, yang juga rakan sekerja.

Mereka mninggal dunia di tempat kejadian, manakala, pemandu Myvi  mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku apabila pemandu Myvi dari arah Semenchu menghala ke Kota Tinggi bertembung dengan RS150R dinaiki mangsa dari arah bertentangan yang masuk ke laluan kereta sebut.

Berdasarkan gambar tular di media sosial, Myvi tersebut remuk teruk akibat dirempuh motosikal terbabit. Kes akan disiasat mengikut Sksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Takziah, dan al-Fatihah buat keluarga mangsa.

SUMBER: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *