Hiburan

Menerbitkan Kapsyen yg Mengundang, Tak Sangka ini yg Berlaku kpd Mawar Karim

Memuat naik gambar berdua dengan pelakon Ashraf Muslim, usahwan popular Mawar Karim memohon maaf andai tindakannya itu mengguris hati mana-mana pihak.

Menurut Mawar, pertemuannya dengan Ashraf berlaku secara tidak sengaja dimana ketika itu dia terserempak dengan pelakon itu di kediaman salah seorang teman di Jeddah.

“Kami terserempak di rumah salah seorang teman di Jeddah. Ketika itu, saya baru sampai, manakala Ashraf sudah mahu beransur pulang.

Secara jujur, saya tiada niat mengguris hati sesiapa. Lagipun, kami bukan baru kenal, sebaliknya sudah lama saling mengenali.

“Secara kebetulan, kami terserempak di tempat asing, jadi saya mengambil peluang bergambar dengannya,” katanya.

“Tak Sangka Kapsyen Saya Itu Jadi Isu” – Mawar Dikecam Netizen

Menerbitkan Kapsyen yg Mengundang, Tak Sangka ini yg Berlaku kpd Mawar Karim

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah foto terbaru yang dimuat naik Mawar di Instagram (IG) miliknya.

Hantaran foto bersama pelakon Ashraf Muslim di Makkah telah mengundang pelbagai reaksi sehinggakan ada yang mempersoalkan sama ada dia ingin menjadi isteri ketiga.

Bagaimanapun, Mawar menerusi kapsyen dalam bahasa Arab menulis, ‘ana la thlatha’ yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’ diikuti dengan emoji.

Difahamkan, Mawar dan Ashraf terserempak memandangkan kedua-duanya sedang menunaikan umrah di Makkah.

Dalam pada itu, ada juga segelintir waragamaya yang mendoakan agar Mawar bertemu dengan jodohnya satu hari nanti.

Kata Mawar lagi, dia tidak menyangka kapsyen gambar tersebut menjadi apabila ramai berpendapat tindakannya tidak manis memandangkan status Ashraf sebagai suami orang.

“Bagi mengelakkan salah faham, saya sengaja meletakkan kapsyen tidak serius berbunyi ‘ana la thlatha’ yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’.

Tetapi tidak sangka ia menjadi isu dalam kalangan netizen,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar menafikan dia ke Tanah Suci Mekah untuk membawa diri susulan pernikahan bekas suaminya, Fizo Omar minggu lalu, sebaliknya ke sana atas urusan kerja.

“Patah hati dan bawa diri? Saya bukan berhijrah terus, sebaliknya ke Makkah atas urusan kerja.

Buat kali pertama saya meninggalkan anak, Wan Maryam Wan Hafizol untuk tempoh lama dan pergi seorang diri.

“Sambil bekerja menguruskan hal dunia, saya tidak menyangka diberi peluang untuk muhasabah dan mendekatkan diri dengan Allah,” katanya.

Terdahulu, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizo Omar pada November 2013, namun bercerai pada Julai 2019.

Pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, kini berusia 4 tahun.

RK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *